Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah. #BVSMuntukSemua
“ADA DUIT TAPI SAKIT PUN BUAT APA....”
Itulah ungkapan seorang nenek yang Wana dan rakan kongsi Wana jumpa sebulan yang lalu. Masa kami berurusan di Sekinchan tempoh hari, rakan kongsi Wana ambil keputusan untuk bawa Wana ke rumah nenek saudaranya. Katanya dah 20 tahun lumpuh, sejak rakan kongsi Wana masih kecil.
Niat kami memang nak berkongsi manfaat Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) semata Lillahitaala.
Masa kami tiba di rumah nenek, nenek sedang terbaring, lepas tu dibantu untuk ubah ke posisi duduk. Sekarang memang nenek dijaga sepenuhnya oleh anak perempuannya (anak bongsu). Sayu je kami tengok nenek. Sambil bersembang, kami biarkan nenek peluk Bio Velocity Sleep Mate (BVSM). Nenek mengadu sakit sakit bahagian bahu sebab terbaring je. Malam pula kadang susah nak tidur.
Walaupun dah 20 tahun lumpuh, sebelum ni nenek masih boleh merangkak perlahan2, dan mengesot untuk ke tempat mandi yang disediakan berhampiran tempat tidurnya. Tapi sejak raya 2018 yang lalu, nenek makin lemah. Dah tak boleh bergerak macam dulu. Nak duduk pun perlu bantuan anak.
Sembang punya sembang, sambil mengalir air mata.. nenek cakap “ada duit tapi sakit pun buat apa”. Lepas ditanya anaknya sama ada nak cuba BVSM atau tak, nenek terus jawab nak.. Katanya, nak juga ikhtiar dengan pelapik tilam ni.. Mana la tahu Allah beri kekuatan macam dulu walaupun sikit melalui pelapik tilam ni.
Jadi, nak dipendekkan cerita..
3 hari lepas, Wana terima panggilan dari rakan kongsi Wana.
“Ya Allah naaa, Nurul ada berita gembira ni.”
“Ha apa dia tu?”
“Ingat tak nenek 20 tahun lumpuh tu”
“Ye ye kenapa”
“Dia dah boleh duduk sendiri na”
Allahuakhbar.. memang gembira betullah kami bila dengar berita tu. Alhamdulillah ya Allah lepas sebulan, kami terima berita gembira tentang nenek. Siapa sangka lepas bertahun terbaring dan terbatas pergerakan, Allah beri kekuatan untuk nenek duduk sendiri tanpa sebarang bantuan dari anaknya. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban nenek.
Kami tak hebat, tapi Allah maha hebat. Syukur diberi peluang untuk melakukan kebaikan dengan menyebarkan manfaat Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) kepada yang memerlukan. Yang menyembuhkan itu Allah.. BVSM sekadar alternatif.
Itu saja setakat ini. Terima kasih sahabat yang sudi menyinggah. Assalamualaikum!
—————————————————————-
PM WANA UNTUK FREE DEMO