• Home
  • Contact
  • Therapants
Powered by Blogger.

SYAZUANA BADROL

Syazuana est 97 Kuala Lumpur




Assalamualaikum semua!

Tup tup, dah minggu kedua kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu, kan?
Ok siapa suka melaram? Angkat tangan! 🙋 Wana tahu semua suka melaram. Tak kiralah masa raya atau bukan masa raya kan, mesti nak nampak cantik. Make up je tak cukup bagi yang sukakan make up. Mesti nak ada outfit yang lawa. Bagi Wana sendiri, setiap kali nak raya je Wana akan tempah baju yang designnya lain daripada adik beradik sebab taknak nampak macam boria. Tapi harini, Wana bukan nak cerita pasal my raya outfit. Kalini nak tunjuk apa yang best tentang latest hijab collection yang you boleh dapatkan daripada SHOM. *drum roll*






Ya Allah, Wana sendiri rambang mata bila tengok brooch RR tu. Kalau dekat luar, mustahillah kita nak pergi cari brooch ni ada jual dekat mana. Kalau ada yang tahu dekat mana, alhamdulillah la. Tapi kalau Wana sendiri, terfikir nak cari pun tak pernah.

Tapi sekarang, easy je.. You beli hijab INFINENCE X RIZMAN RUZAINI & you akan dapat RR BROOCH for FREE je!!!! Alamak dah la cantik, harga sangat nais lah kalau you seorang yang mementingkan kualiti. Dah la rekaan designer terkenal tau. Class raya tahun ni jahhh berRizman Ruzaini. Confirm makcik, kakak ipar, jiran sebelah rumah dan seumpamanya tanya mana nak dapat brooch dan tudung RR tu. Nahhhh macam mana nak dapatkan ni?

Tak payah pening dah. Klik je SHOP HERE and you guys boleh terus dapatkan collection daripada designer terkenal seperti RIZMAN RUZAINI & JIMMY CHOO di bahagian FASHION & LIFESTYLE. You nak kasut? Baju? Tudung? Produk kesihatan? Macam-macam you boleh pilih. Semuanya di hujung jari. Tapi, kalau nak special price boleh terus whatsapp Wana lah! 0124249079 😉

Lepas ni boleh la beraya dengan tudung yang exclusive. You nak jalan macam diva sambil flip tudung RIZMAN RUZAINI pun boleh! Cepat whatsapp Wana and grab your exclusive hijab by Rizman Ruzaini now! 😉 Jangan lupa follow my instagram account for more updates wnabadrol .

Salam 13 Ramadhan!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

LATEST HIJAB COLLECTION 
INFINENCE X RIZMAN RUZAINI 


Infinence x Rizman Ruzaini adalah collaboration antara Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) bersama designer terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Tengah hangat di pasaran ni tau. Semua sekali ada 3 designs Alessia, Felora & Seryn. Dan sekarang memang dah available sangat dah kalau nak order sebelum raya. Jom cuci mata dulu.



Available in 10 colors | In shawl length only




Available in shawl and square hijab




Available in shawl and square hijab


Setiap helai hijab yang you purchase, you akan receive free RR brooch. Wow bukan senang tau nak dapat brooch RR free free je. Hijab exclusive digayakan pula dengan brooch RR. Barulah class raya kalini berRuzman Ruzaini. Bagi FELORA dan SERYN, selain warnanya yang soft, you juga boleh pilih sama ada nak shawl ataupun square. Boleh hadiahkan juga kepada mak, isteri, kakak, adik, atau buah hati si intan payung. 


RR brooch

.
.
.

So, macam mana nak dapatkan collection kalini?
 Atau macam mana nak pilih design dan tahu harganya? Jangan risau, laju laju whatsapp Wana di
↡↡↡
 0124249079 

Cepat whatsapp Wana and get each with SPECIAL PRICE!!! 😍
CHOOSE NOWWWWW
Grab yours now and bring the RIZMAN RUZAINI raya vibes with you on this upcoming Aidilfitri.


Assalamualaikum!



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Kita sebagai manusia pasti nak cari sesuatu yang berkualiti dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Betul kan? Murah tidaklah beerti tak berkualiti tapi mungkin kualiti yang dicari tidaklah setanding dengan yang mahal. Tetapi, ada juga mahal sekadar pada harganya tetapi kualiti masih tak setanding harga. Pun betul juga.

Jadi, Premium Beautiful telah direka khas untuk si pemakai. Kualiti bukan terletak setakat pada harga je malah dinilai melalui keselesaan setiap yang memakainya. Saya percaya sampai sekarang pun ada yang akan bandingkan harga Premium Beautiful dengan korset lain di pasaran atau sedang viral di media sosial. "Kenapa Premium Beautiful mahal?" "Boleh percaya ke Premium Beautiful ni elok?" "Bukan ke sama je macam korset dekat luar tu?"

Tak apa, itu pendapat masing2. Baiklah, jom buat perbandingan. Antara BMW dan kancil, kenapa harga BMW lebih tinggi daripada kancil sedangkan dua2 kereta? Jawapannya pun ada dalam kepala anda kan? Pastilah sebab kualiti, keselesaan, kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada dua kereta ni kan.. Jadi, macam tu juga Premium Beautiful. Buat research dulu baru decide supaya puas hati atas pilihan sendiri.

Saya taknak cerita panjang. Boleh refer previous post saya tentang Premium Beautiful. Kalini, saya nak ringkaskan tentang apa yang dimaksudkan dengan LIFETIME-WARRANTY.




Macam gambar di atas, baru2 ni saya bawa 2 pasang korset customer yang perlu dibaiki di beberapa bahagian. Jadi, bila sebut LIFETIME-WARRANTY, rata2 ramai fikir korset yang ada tetapi sudah rosak, akan ditukar dengan korset yang baru. Salah sama sekali. Jangan salah faham..

Sebenarnya, korset anda akan dibaiki secara percuma. Eh betul ke ni? Ye betul.. Itulah antara kelebihan yang anda boleh dapat bila berPremium Beautiful. Tak dinafikan saya pun gunakan bra selain Premium Beautiful. Bila ada masalah seperti besi terkeluar, mustahillah boleh hantar ke kedai untuk baiki semula. Lebih baik beli baru je.. Betul? 

Jadi, tak kiralah rosak dibahagian cangkuk, rawan keluli bermemori patah, dan sebagainya, tetap boleh dihantar baiki dengan syarat korset anda masih ada rupa korset lah. Kalau dah koyak teruk sebab masuk mesin basuh, memang saya sarankan beli yang baru teruslah. Untuk pengetahuan, masa yang diambil untuk setiap korset yang dihantar baiki adalah sekurang-kurangnya 2 bulan. Jadi, sementara masih elok, hargailah korset anda tu. Kalau boleh pakai tu biar konsisten 8 jam setiap hari supaya takdelah keluar segala lemak sementara tunggu korset dibaiki 2 bulan.. hihi.

Jika anda salah seorang daripada mereka yang nak baiki Premium Beautiful tapi tak tahu macam mana, jangan segan silu contact Wana 0124249079, Wana akan bantu dan berikan yang terbaik.

Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita berpuasa. Tapi, masih sempat untuk anda dapatkan Premium Beautiful. Lagi2 untuk para ibu atau para isteri yang nak reshape body tu atau kakak2 yang bakal lansungkan perkahwinan tak lama lagi kan.. Body mestilah nak tiptop. Jadi, ada tawaran hebat menanti anda yang belum dapatkan Premium Beautiful. 

Wana nak bagi FREE GIFT BERNILAI RM100!!! untuk setiap pembelian Premium Beautiful.
Pilih salah satu ye
🠟🠟🠟
  1. Set #dietsihat 2 Minkaffe + Nurich Garlic
  2. Set #dietsihat Shake Me 
  3. Set Bio Seleza mixed
  4. Sekotak Maharani
  5. Set jagaan kulit Marine Essence

Dah decide? Kalau dah decide, jangan malu jangan segan contact je Wana for free-fitting and consultation 0124249079. Free gift menanti anda.




Assalamualaikum! 




Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Image result for sensitive skin


Assalamualaikum, selamat petang..

Korang ada masalah kulit sensitif? Atau mungkin anak, jiran, sepupu sepapat, atau mana mana kenalan korang? Umur dah bertambah pun masih tak jumpa cara nak rawat kulit sensitif. Kulit sensitif ni tak kira lah gatal-gatal ke, eczema ke, kering dan macam2 lagi.

Kulit wana sangatlah sensitif lepas habis sekolah. Tak tahu apa punca. Pakai pencuci muka sembarangan je mesti naik merah satu muka. Kalau pencuci muka tak serasi dengan muka wana, mesti naik rashes di area jawline.

Tapi wana bukan jenis suka pakai local skincare yang ada dekat insta tu sebab yela sekarang isu krim kilo lah, ada mercury lah, macam2. Bila kawan suggest macam2 produk, wana tak ikut sebab taknak bazir duit beli produk yang wana sendiri taktahu sesuai ke tidak dengan wana. Dan, wana ada gatal2 di area tapak tangan, dan celah2 jari. Masalah wana sendiri, wana tak suka bergantung lama pada ubat. 

Sekarang ada je produk dekat insta yang instafamous keluarkan. Claim 3 hari dah ada perubahan. Bila tengok testimoni, percaya juga. Tapi tulah, wana percaya dengan good thing takes time. Jadi, untuk merawat kulit muka wana yang sensitif dan gatal2 di celahan jari, the least I could do is gunakan sabun marine essence.

Alhamdulillah, muka wana pun getting better. Jerawat cepat kering. Ambil masa jugak untuk elok. Bukan pakai sehari terus clean muka. Pakai mekap pun tak perlu tebal2. Celahan jari pun alhamdulillah elok takde mengelupas macam dulu. Dengan sabun ni, wana betul2 serasi. Rashes pun takde. Bau wangi je. Sangat2 jimat sebab boleh potong2. Harga berpatutan untuk 3 ketul sabun (sekotak). Jadi, jangan tunggu lama2 kalau ada sebarang pertanyaan boleh terus contact wana okay. 

Apa specialnya sabun marine essence:

  1. Paraben free
  2. SLES free
  3. Soap free
  4. Anti bacterial
  5. Anti oxidant
  6. Mengandungi Garam Buluh

Sabun marine essence boleh merawat:

  1. Masalah kulit sensitif
  2. Kulit berjerawat
  3. Kulit mengelupas
  4. Gatal2
  5. Eczema
  6. Bau badan yang kuat
  7. Kesan parut biasa dan parut bersalin
  8. Ketuat
  9. Panau
  10. Daki pada badan
  11. Dan macam2 lagi
Antara testimoni sabun marine essence:









Selain Marine Essence Beauty Bar, kita ada set mandian lengkap. Shampu Marine Essence mampu merawat masalah kulit kepala, masalah keguguran dan kelemumur jadi tak perlu dah risau nak beli shampu di pasaran yang rata2 mengandungi kandungan chemical yang tinggi. Conditioner ada, ubat gigi ada, dan produk terbaru iaitu Marine Essence Body Scrub. Marine Essence Body Scrub ni act as natural exfoliator. Wana akan gunakan 3 kali seminggu. Sangat wangi dan lepas cuci muka je muka ters soft gituuu.

Wana selitkan sekali harga supaya senang nak order terus dengan Wana ye. Cepat2 dapatkan sebelum terlambat. Raya ni mesti nak kulit halus mulus kan.. Jadi jangan tunggu lama2 ye.


For fast respond, WHATSAPP ME
Wana 0124249079





Share
Tweet
Pin
Share
No Comments





Alhamdulillah selesai rutin Sabtu bersama MMG dua hari lepas. Nak berbisnes kena ada ilmu. Jadi, wajib untuk Wana hadirkan diri ke kelas yang diadakan. Nak start bisnes jual kek pun kena perabih duit belajar sana sini kan.. Takkan lah bisnes luar biasa macam ni tak perlukan ilmu. Tapi yang syoknya, kelas kami tak perlukan bayaran. Datang bawak badan dan minda yang terbuka dan positif je tak perlu pun bayar hingga ratus ke ribu ringgit.



Terima kasih kepada emcee kami DDM Hanim.


Topik hangat of the day, "Marketing Plan" nampak macam alah biasa je but they managed to catch our attention. Tahniah CDM Sha, DDM Cik Win dan CDM Zakiah sebab berjaya ceriakan suasana kelas. The topic was presented by these 3 ladies dalam bentuk simulasi yang diselit dengan adegan kelakar. Yang penting, ilmu tetap sampai. Kena praktis dulu ni nampak gayanya baru boleh present dekat prospek.





Walaupun mood PRU14 tak habis lagi, kelas tetap kelas. Macam biasalah sebelum tutup majlis, top leader kami CDM Hjh Hamisah sentiasa pass aura positif. Raya dah dekat ni. Nak pulun habis habisan untuk buat bonus lebat barulah beraya tanpa tekanan walaupun duit keluar macam ayaq. Terima kasih juga kepada CDM Hjh Hamisah, disamping ingatkan kami untuk berusaha sungguh-sungguh buat bonus lebat, Hjh selalu juga ingatkan supaya sentiasa kejar redha Allah. Sesungguhnya Allah yang berkuasa menentukan segalanya. Dalam pada berbisnes, jangan pernah lupa untuk kejar akhirat.

Dan bertuahnya kami sebab akan sentiasa diraikan atas setiap achievement. Paling special kalini, anak-anak yang berjaya dalam pencapaian akademik pun dapat hadiah. Bukan calang-calang hadiah tapi Smiggle uolls. Rambang mata kalau masuk Smiggle.




Tahniah CDM Sha. Bukan tudung biasa2, tapi tudung Rizman Ruzaini.


Tahniah DDM Cik Win


Tahniah DDM Hanim



Specialnya kelas kalini sebab kami berjaya berkumpul untuk adakan majlis doa selamat dan tahlil sempena menjemput Ramadhan yang bakal tiba. Syukur Allah permudahkan walaupun ada yang tak dapat bersama atas sebab2 yang tak dapat dielak. Walaupun masa ada beberapa jam je, syukur kami masih dapat sama-sama gunakan masa sebaik mungkin dengan bacaan yassin dan tahlil, solat maghrib, solat sunat hajat dan solat isyak secara berjemaah dan tazkirah daripada Ustz Adam. Alhamdulillah..








Cant resist. Super delicious popia goreng dengan sambal dia yang ALLAHUAKBAR!!!! sedap melampau lampau


Syukur Allah permudahkan majlis ilmu kami..
Di kesempatan ini, saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon ampun jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa..
Selamat menyambut bulan Ramadhan mubarak.
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita penuhi dengan amalan yang baik.

Sempena PRU14 yang telah berlansung, sedikit ingatan untuk pembaca blog Wana,
"JANGAN TAKUT UNTUK BUAT PERUBAHAN DAN PERCAYA SAMPAI BERJAYA!"

Assalamualaikum.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamualaikum..

So hello, have you guys ever heard about Minkaffe? Tahniah kalau dah pernah dengar, dah amalkan, dan dah memang jadikan stok untuk keluarga di rumah.

Minkaffe memang menjadi pilihan keluarga saya. Sekotak memang tak cukup. Lagi lagi bila satu rumah ada 7 orang termasuk maid, dan setiap seorang paling minimum pun 2 sachet sehari. Jadi, total 14 sachet sehari. Makin cepat je keluarkan kotak baru. Nasib baik dah prepare stok untuk sebulan 😆

Minkaffe memang dah ramai peminatnya. Bukan setakat di Semenanjung dan Sabah Sarawak je. Dah sampai ke Brunei dan Singapore dah pun. Memang tak dinafikan yang minkaffe ni banyak khasiatnya sebab mengandungi Garam Buluh. Bukan garam masak tu ye.. Saya selitkan sekali cara garam buluh diproses.



Garam buluh ni bersifat alkali. Jadi, memang sangat sesuai untuk yang selalu ada masalah gastrik. Lagi-lagi dah nak bulan puasa kan. Nanti mulalah gastrik, lemau, badan letih-letih sampai nak buat kerja pun tak semangat. Asyik tengok jam je tunggu waktu berbuka.

Macam few months ago, masa ganti puasa, i only had 2 biji kurma dengan secawan minkaffe je masa sahur sebab jenis nak makan kejap lepas tu terus tidur. Alhamdulillah segar je badan takde rasa penat walaupun masa tu i was working as a baker. Tahulah kan kalau baker ni kena berdiri je bancuh kek, nak bake lagi.. Boleh duduk kejap kejap je sebab nak rehat lama nanti risau kek tak siap hihi.

Daripada bercerita panjang lebar, ini antara sebabnya minkaffe jadi pilihan orang ramai:


Image result for naa kamaruddin minkaffe
So, worry no more! Jangan risau, kandungan caffeine dalam minkaffe takkan effect kesihatan you guys disebabkan adanya garam buluh. Wana sendiri pun minum minkaffe setiap hari lagi-lagi bila takde masa dan takde rasa nak makan. Alamak, patutlah kurus je. Nak berdiet dengan minkaffe pun sangatlah boleh ye..

Tak lupa juga untuk ibu yang anaknya masih menyusu badan. Minkaffe sangat membantu as milk booster. Ibu2 yang amalkan memang suka sangat dengan minkaffe ni.

Selain tu, hati-hati dalam membeli. Dapatkan daripada agen sah sahaja sebab sekarang ni manusia mampu buat apa je untuk duit. Tak salah spend lebih untuk sesuatu yang baik daripada tersalah pilih sampai boleh effect kesihatan kita. 








Boleh baca entri saya - Testimoni Minkaffe - untuk testimoni pengguna2 minkaffe dan jangan lupa belek page promo mana tahu ada yang berkenan di hati. 
Jom berkongsi kebaikan tentang minkaffe bersama tersayang.

Kalau berkenan dengan Minkaffe, boleh dapatkan daripada saya.

Sekotak RM33.

Lebih daripada 3 kotak, wana bagi free postage.
Cepat2 whatsapp wana okay 📲 0124249079




Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Ini real punya testimoni ye bukan propa. Ini antara testimoni yang ada khas untuk yang tercari-cari.
Jangan lupa kongsikan kebaikan Minkaffe dengan yang tersayang.








Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamualaikum, 
Entri kalini nak ceritalah serba sedikit tentang pemakaian Premium Beautiful. Dah miliki korset premium beautiful atau belum? Kalau dah, alhamdulillah.. teruskan pakai secara konsisten ye. Yang belum, jangan tunggu lama2. Kena dapatkan segera tau kalau nak cantik dan sihat. Perempuan kan.. mestilah nak badan gojes gojes. 

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Tak tipu, ada diantara pengguna kata 
"tipulah Premium Beautiful ni pakai terus kurus"
"kenapa saya pakai Premium Beautiful takde perubahan"
Dan sebagainya..

Baiklah, ini 7 FAKTOR KENAPA PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL TIADA KESAN


1. Tidak pakai secara konsisten

Konsisten ni melibatkan disiplin. Selalu pakai korset premium beautiful tidak berkesan sebab tak konsisten 8 jam setiap hari. Kita wajib pakai 8 jam insyaallah pasti bentuk badan idaman akan diperolehi dlm 1 ke 6 bulan. Yakin dan disiplin pasti berhasil. Bukan baru pakai sehari lepas tu terus bagi almari yang pakai. Yang nak cantik tu awak ke almari? Hihi.. no no no. Jangan macam tu ye. 

2. Konsisten tapi tak cukup 8 jam

Tahniah pula pada yang pakai secara konsisten.. Tapi, kenapa masih takde effect? Sebab tak pakai 8 jam lah. Konsisten dah bagus dah cumanya tak cukup jam pula. Jangan macam tu.. Good thing takes time. Jangan baru pakai sejam dua dah buka sebab rimas. Ingat balik apa tujuan berPremium Beautiful. Jadi, amalkan secara konsisten. Cuma perlu pakai pada badan je bukannya kena telan pil kurus berbiji-biji. 

PB mesti dipakai minimum 8 jam setiap hari baru berkesan. Kalau pakai 2@3 jam sehari memang tak berkesan. Contoh macam ubat doktor suruh makan 3 biji sehari tapi kita makan 1 biji sehari. Agak2 ubat tu berkesan tak untuk penyakit kita? Confirm tak cukupkan dos utk melawan penyakit kita. Jadi, rajin rajinkan lah diri berPB kalau nak dapatkan bentuk badan ideal ye.

3. Tidak pakai full set

Ada juga pengguna yang rajin pakai korset Premium Beautiful. Tapi, tak pakai full set. Boleh memang boleh tapi lambatlah kesannya pada bahagian yang lain. Kalau pakai long bra saja, takdelah kesan di bahagian lain. 

Koset premium beautiful dicipta secara terperinci tentang masalah wanita terutamanya di bahagian perut. Jadi mesti dipakai full set setiap hari. Tak boleh la malas-malas. Pakai PB pun ada peraturannya barulah ada kesan.




4. Buka korset bila nak makan

Ini memang tak patut. Sebenarnya, saya tahu kita ni memang tak boleh tahan bila tengok makanan. Lagi-lagi bila berpuasa. Makin membuak-buak nafsu makan tu. Tapi, janganlah sampai buka korset. Nak kurus tapi taknak jaga makan. Kalau pergi jumpa doktor pakar pun tetap tak jalan. Sayang diri kenalah control apa yang patut.

5. Cara pakai yang salah

Ramai yg pakai korset PB dgn cara yang salah. .Pakai PB ada proses alihkan lemak di peha, lemak di belakang badan, perut dan juga di lengan. 

Tu sebab bila beli PB jangan malu untuk dengar dan belajar dari yang pakar. Setiap agen akan ajarkan cara pemakaian PB yang betul. Dah tahu cara yang betul barulah boleh pakai sendiri. Salah pakai confirm kesannya pun salah dan tak effective.

6. Size tidak tepat

Untuk pengetahuan, korset PB tak guna standard size tapi guna ukuran CM. Jadi, ukuran akan diambil supaya uolls boleh pakai selesa, tak terlalu ketat atau longgar. Barulah nak pakai pun semangat bila kena dengan size.
Takkanlah nak purchase sesuatu yang tak fit dengan kita kan.. Jadi, jangan beli korset Premium Beautiful yang dijual lebih murah berbanding harga sebenar kemudian ukuran tak diambil lepas tu bila dah dapat, dah sarung, last2 size tak kena. Jadilah pengguna yang bijak.

Cara mengukur akan diambil dan diajar oleh agen yang anda deal untuk pembelian Premium Beautiful. Jadi kalau deal dengan agen yang sah, uolls tak perlu risau dah tentang size korset anda. Cara ukuran adalah seperti dalam gambar.


7. Nak kurus tapi tak control makan

Ni lagi parah. Nak kurus, nak badan cantik tapi taknak jaga makan. Premium Beautiful membantu 50% usaha anda untuk turunkan berat badan. Yang selebihnya terletak pada usaha anda dalam pengambilan makanan.

Rasulullah berpesan, berhenti sebelum kenyang. Allah juga berpesan supaya bersederhana dalam segala sesuatu termasuk bab makan. InsyaAllah pasti akan nampak resultnya.


Jadi, selamat berPremium Beautiful pada yang dah memiliki. Yang belum berPremium Beautiful boleh cepat-cepat contact Wana. Kita nak bagi harga kasih sayang dekat uolls. 

Cepat okay jangan tunggu lama-lama. Barulah raya nanti boleh melaram sungguh-sungguh bila badan cantik dan kemas.

012-4249079 Wana














Share
Tweet
Pin
Share
No Comments





Bila sebut korset, pasti ramai tahu. Tapi, ramai ke yang tahu apa itu korset Premium Beautiful? Saya yakin rata-rata wanita di Malaysia dah pun memiliki korset. Tak kiralah korset Premium Beautiful mahupun korset-korset di pasaran serta yang sedang viral di media sosial yang harganya dari ratusan ke ribu ringgit. Tak apa, itu semua bergantung pada pilihan masing-masing.

Jadi, ada apa dengan korset PB ni sampai special sangat? Berbaloi ke kalau melabur untuk korset ni? Kenapa ramai sangat yang syorkan? Mungkin ada yang tahu, mungkin juga saya pasti ramai belum tahu atau tidak pernah diberitahu.


Berbaloikah dapatkan PREMIUM BEAUTIFUL?


Berbaloi.. saya jamin 100%. Kenapa?

  • Pelaburan hanya sekali seumur hidup
  • 70% untuk kesihatan, 30% untuk body shaping
  • Produk SUPERBRAND
  • Material yang berbeza berbanding di pasaran
  • Mengandungi Far Infrared Rays (F.I.R)
  • Telah mendapat pengiktirafan Pakar Tulang Belakang
  • Daya regangan 360° (tidak mengehadkan pergerakan ketika solat atau beriadah)
  • Cara penjagaan yang mudah
  • Instant shaping
  • Tidak panas dan nyahbau
  • Lifetime warranty
  • Free fitting
Image result for premium beautiful instant shaping shakhalidPelaburan hanyalah sekali seumur hidup sahaja tetapi kebaikannya berpanjangan dan paling penting, untuk diri sendiri juga. Tak perlu hadir 4 ke 5 sesi untuk kurus. Sarung PB terus dapat instant shaping.

Tahu tahu jelah kan kita ni makan kadang tak beringat. Bila badan dah naik barulah menyesal sampai taknak keluar rumah. Tetapi, dengan PB, badan maintain je. Sebab apa? Sebab korset PB akan bantu memberikan bentuk badan idaman anda. Syaratnya, perlulah dipakai konsisten sebulan ke enam bulan bukannya baru pakai sehari dah nak nampak perubahan lepas tu terus simpan bawah katil aje..

Selain tu, ramai pengguna PB yang pada asalnya berPB bukan kerana nak kurus semata.. Ada diantaranya kerana disebabkan masalah kesihatan seperti slip disc, jatuh peranakan, gastrik, masalah angin didalam badan yang teruk, dan sebagainya. Malah, penggunanya bukan  sahaja di kalangan wanita je tapi turut ada penggunanya daripada kalangan lelaki. Wow, hebat bukan?!!

Yang syoknya, anda boleh dapat Lifetime Warranty dan Free Fitting.. Apa yang dimaksudkan dengan life time warranty ialah let say satu cangkuk tercabut. Ye, satu je. Walaupun kerosakan kecil je, tetap boleh dihantar untuk dibaiki semula tanpa sebarang bayaran. Jangan pula pandai pandai repair sendiri guna mesih jahit ye sebab Premium Beautiful dah direka khas dengan jahitan khas tersendiri. 

Alang-alang dah bercerita panjang, tak adillah kalau saya tak sertakan testimoni terbaru PB daripada Pn Sharifah (bekerja di sebuah hospital) yang pernah mengalami cervical pid disebabkan pergerakan yang terhad di dalam bilik bedah selama beberapa jam dan kadangnya perlu mengangkat pesakit yang berat.


















Kini


Akibatnya, doktor sarankan dibedah kerana dikhuatiri hilang deria atau kata lain, lumpuh. Dah bertanya kepada beberapa orang doktor pakar apa yang perlu dibuat selain pembedahan tapi jawapan sama yang diberikan. Walaupun telah dibedah, pergerakan masih terhad. Long story short, diperkenalkan dengan Premium Beautiful dan BVSM oleh kenalan di tempat kerja. Alhamdulillah asbab pemakaian PB secara konsisten, sekarang dah boleh jalani aktiviti seperti biasa tanpa had. Kalau dulu sakit itu sakit ini tiap kali keluar masuk bilik bedah. Sekarang dengan PB, nak bekerja lasak lasak pun tak perlu risau dah.

Cara penjagaan Premium Beautiful sangatlah mudah. 
  • PB hanya dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi yang tidak kerap berpeluh atau terpulang pada keselesaan masing-masing. 
  • Cuma digosok lembut dengan jari menggunakan pencuci khas PB kemudian bilas dengan air dan akhir sekali, gantung je bawah kipas. 
  • PB tak boleh dicuci dalam mesin basuh, spin, dan dikeringkan di bawah matahari ye. Nanti rosak pulak PB awak tu. Benda special kena la dijaga elok elok.



Saiz PremiumBeautiful adalah berbeza-beza mengikut individu. Jangan risau, kami memang mementingkan keselesaan setiap pengguna. Jadi, ukuran akan diambil untuk menentukan saiz. Tak boleh lah main teka-teka kejap saiz S kejap XL. Tak sama ye.. Jangan risau, anda berbadan kecik ke besar ke yang penting kita ambil ukuran tepat dahulu barulah selesa je bila sarung PB kalau kena pada sizenya.

Pengalaman saya sendiri, bila pakai PB, keputihan akan sentiasa keluar. That's actually a really good thing. Dibantu pula dengan pemakaian pantyliner BIO SELEZA. Yelah macam yang saya dengar dalam majlis ilmu tentang PB baru-baru ni, setiap yang dikeluarkan daripada badan kita macam peluh berlebihan, keputihan, dan macam-macam lagi tu bila pakai PB adalah bagus. Yelah, nak ke simpan benda kotor dalam badan lama-lama? 

Jadi, kalau ditanya harganya.. Premium Beautiful bukanlah mahal tetapi berpatutan. Kenapa pilih kurus je kalau boleh pilih kurus dan sihat? Sebab, yang kurus tak semestinya dah sihat. Choose wisely. Pilihan di tangan anda. Sebelum terlupa, ni nak habaq ni!!! MMG tengah buat sale Premium Beautiful. Rugilah bagi yang tak grab peluang ni. Raya dah dekat ni. Jomlah cantikkan diri dengan PB.



Untuk lebih detail, jangan malu jangan segan contact saya terus ye. Nanti kita dating untuk share lebih detail tentang Premium Beautiful.




Syazuana Badrol Hisham 
atau
Wana

tel : 012-4249079







Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Categories

  • ceaser
  • faktor premium beautiful tiada kesan
  • Hijab raya 2018
  • ibu berpantang
  • Infinence x Rizman Ruzaini
  • kurus dengan premium beautiful
  • pastel color
  • peluang bisnes
  • premium beautiful
  • premium beautiful malaysia
  • premium beautiful termurah 2018
  • Rizman Ruzaini
  • sakit belakang
  • sakit lutut
  • sakit pinggang
  • slip disk
  • testimoni premium beautiful cervical pid
  • tips kurus
  • tudung raya 2018

Blog Archive

  • ►  2025 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2023 (4)
    • ►  February (4)
  • ►  2022 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2021 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (11)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
  • ►  2019 (15)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2018 (29)
    • ►  December (2)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ▼  May (9)
      • Infinence x RIZMAN RUZAINI
      • INFINENCE X RIZMAN RUZAINI
      • Premium Beautiful Lifetime-Warranty
      • Rawat kulit sensitif
      • Menjemput Ramadhan
      • Minkaffe
      • Testimoni Minkaffe
      • 7 Faktor kenapa pakai Premium Beautiful tiada kesan
      • Premium Beautiful really worth my money. Ya atau T...
    • ►  April (2)

Created with by ThemeXpose