Menjemput Ramadhan

by - Monday, May 14, 2018






Alhamdulillah selesai rutin Sabtu bersama MMG dua hari lepas. Nak berbisnes kena ada ilmu. Jadi, wajib untuk Wana hadirkan diri ke kelas yang diadakan. Nak start bisnes jual kek pun kena perabih duit belajar sana sini kan.. Takkan lah bisnes luar biasa macam ni tak perlukan ilmu. Tapi yang syoknya, kelas kami tak perlukan bayaran. Datang bawak badan dan minda yang terbuka dan positif je tak perlu pun bayar hingga ratus ke ribu ringgit.



Terima kasih kepada emcee kami DDM Hanim.


Topik hangat of the day, "Marketing Plan" nampak macam alah biasa je but they managed to catch our attention. Tahniah CDM Sha, DDM Cik Win dan CDM Zakiah sebab berjaya ceriakan suasana kelas. The topic was presented by these 3 ladies dalam bentuk simulasi yang diselit dengan adegan kelakar. Yang penting, ilmu tetap sampai. Kena praktis dulu ni nampak gayanya baru boleh present dekat prospek.





Walaupun mood PRU14 tak habis lagi, kelas tetap kelas. Macam biasalah sebelum tutup majlis, top leader kami CDM Hjh Hamisah sentiasa pass aura positif. Raya dah dekat ni. Nak pulun habis habisan untuk buat bonus lebat barulah beraya tanpa tekanan walaupun duit keluar macam ayaq. Terima kasih juga kepada CDM Hjh Hamisah, disamping ingatkan kami untuk berusaha sungguh-sungguh buat bonus lebat, Hjh selalu juga ingatkan supaya sentiasa kejar redha Allah. Sesungguhnya Allah yang berkuasa menentukan segalanya. Dalam pada berbisnes, jangan pernah lupa untuk kejar akhirat.

Dan bertuahnya kami sebab akan sentiasa diraikan atas setiap achievement. Paling special kalini, anak-anak yang berjaya dalam pencapaian akademik pun dapat hadiah. Bukan calang-calang hadiah tapi Smiggle uolls. Rambang mata kalau masuk Smiggle.




Tahniah CDM Sha. Bukan tudung biasa2, tapi tudung Rizman Ruzaini.


Tahniah DDM Cik Win


Tahniah DDM Hanim



Specialnya kelas kalini sebab kami berjaya berkumpul untuk adakan majlis doa selamat dan tahlil sempena menjemput Ramadhan yang bakal tiba. Syukur Allah permudahkan walaupun ada yang tak dapat bersama atas sebab2 yang tak dapat dielak. Walaupun masa ada beberapa jam je, syukur kami masih dapat sama-sama gunakan masa sebaik mungkin dengan bacaan yassin dan tahlil, solat maghrib, solat sunat hajat dan solat isyak secara berjemaah dan tazkirah daripada Ustz Adam. Alhamdulillah..








Cant resist. Super delicious popia goreng dengan sambal dia yang ALLAHUAKBAR!!!! sedap melampau lampau


Syukur Allah permudahkan majlis ilmu kami..
Di kesempatan ini, saya dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon ampun jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa..
Selamat menyambut bulan Ramadhan mubarak.
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita penuhi dengan amalan yang baik.

Sempena PRU14 yang telah berlansung, sedikit ingatan untuk pembaca blog Wana,
"JANGAN TAKUT UNTUK BUAT PERUBAHAN DAN PERCAYA SAMPAI BERJAYA!"

Assalamualaikum.



You May Also Like

0 Comments