Premium Beautiful korset kenapa kena pakai fullset?

by - Wednesday, January 06, 2021

 "....saya pakai long bra kenapa dia jadi bergulung ek?"

Alhamdulillah syukur bertemu juga kita di tahun 2021. Maka dengan itu, tamatlah Pakej Jimat Premium Beautiful series yang kami tawarkan pada tahun 2020 yang lepas. Seronok sangat dapat turun dan jumpa sendiri dan fitting #PBlovers di beberapa buah negeri antaranya Johor, Perak dan sekitar KL dan Selangor.

Dan baru-baru ni Wana terima PM di whatsapp daripada salah seorang pengguna Premium Beautiful, kak E lah Wana gelar ya yang mulanya buat Wana agak cuak juga. "Wana nak tanya.. saya pakai long bra kenapa dia jadi bergulung ek". Tapi sebelum jump to conclusion, kita sembang sembang dulu tanya bergulung di mana? Jadi kakak kita ni pun share la video bahagian yang bergulung. Oh rupanya bergulung di bahagian belakang badan 
Kenapa terjadinya perkara sebegini? Acewahhh sebegini hakhak

Jadi untuk pengetahuan semua, Premium Beautiful korset ni ada 3 bahagian berasingan yang dipakai untuk tujuan pembentukan badan dan pengalihan lemak yang cantik. Bila pakai konsisten fullset, makin lama makin cantik body shape



So untuk fullset, ada
1. Long bra (bra)
2. Waist nipper (bengkung)
3. Long girdle (seluar)

Jadi biasanya kalau yang pertama kali nak berPremium Beautiful, kami akan advise untuk pakai fullset. Kenapa? Apa akan jadi kalau pakai salah satu atau tak fullset?

1. Kalau pakai long bra sahaja, long bra hanya cover hingga lebih kurang paras pusat. Jadi bagi yang ada perut buncit, perut takkan fully kemas. Sekadar kemaskan bahagian belakang badan dan breast sahaja. Tapi tidak di perut. Maka terkeluarlah lelemak di bahagian perut dan akan menyebabkan bahagian perut kita tak kemas dan boleh merosakkan juga bentuk badan kita.

2. Kalau pakai waist nipper sahaja, lama lama lemak akan naik pada bahagian atas dan menurun ke bahagian bawah. Pernah Wana jumpa beberapa pelanggan yang suka pakai bengkung sahaja sebab nak perut ramping. Tapi, dengan pemakaian dalam tempoh yang panjang, resultnya lemak akan berkumpul di bahagian punggung dan punggung nampak 'jatuh'. Cantik di pinggang tapi tidak di bahagian punggung is a big NO juga bagi para wanita sebenarnya. Biarlah cantik dan kemas dari atas hingga bawah.

3. Kalau pakai long girdle sahaja, wahhh memang happy bila tengok punggung kemas dan anjal. Ramai yang seronok tengok perut kempis. Tapi kalau untuk orang yang berisi, lama lama nanti lemak bahagian perut akan naik dan jadi muffin effect. Dan resultnya, sekadar kemas di bahagian punggung tapi tidak di bahagian pinggang.

Jadi jawapan untuk Kak E, Wana explain lah itu normal kalau kita pakai long bra saja, lagi-lagi jika badan kita berlemak. Jadi untuk elakkan masalah bergulung, seeloknya pakai fullset atau pairkan dengan Therapants yang dah sedia cover dari pinggang hingga kaki. Sebab kalau pakai long bra saja, dia kemaskan dekat atas je.. 

Daripada explanation Wana, barulah kak E share yang dia basuh therapants dia.. sebab tu pakai long bra je haritu. Bila jadi macam tu, terus bertanya sebab curious. Apapun terima kasih Kak E sebab percaya dengan servis Wana.. Selain tu, Wana kongsikan sekali feedback daripada Kak E lepas beberap hari berPremium Beautiful long bra



Alhamdulillah setakat ni sajalah perkongsian daripada Wana. Bagi yang nak dapatkan Premium Beautiful korset, jangan segan silu untuk klik box whatsapp di bawah ya. Nanti Wana bantu satu persatu bagi memudahkan urusan. Terima kasih, jumpa lagi.. 

You May Also Like

0 Comments