CARA AMALKAN MINKAFFE BAGI IBU HAMIL
Alhamdulillah Wana dah nak masuk week 26 of pregnancy. Jadi terdetik nak kongsi cara amalkan Minkaffe bagi ibu hamil sebab Wana pun tengah consume sekarang sebab ramai ibu ibu yang amalkan minkaffe semasa hamil kata HB dorang cantik je tiap kali checkup.
Macam yang ramai aware, semasa pregnant memang kita kena kurangkan atau elakkan pengambilan kafein macam kopi, milo, susu sebab boleh halang penyerapan nutrien. Wana pun pernah ada experience HB low tiap kali checkup sepanjang dalam fasa mual dari bulan pertama sampai masuk bulan ke 4 (Sept - Jan).
Masuk je bulan ke4 (Jan), auto boleh makan macam biasa balik, tak kisah sangat bab bau dan sebagainya. Cuma kalau terlebih makan je dia rasa nak keluar balik hahah. Sebelum tu minum Minkaffe ke, susu ke, semua tak jalan. Confirm muntah balik. Berat asyik main dekat 42kg dengan 43kg je sampai kena refer pakar pemakanan.
Bila habis fasa mual, dah boleh makan macam biasa, berat pun alhamdulillah naik jadi 46kg. Masih below 50kg lagi la tapi alhamdulillah dah naik pun lega sebab taknak kena mark merah lagi dalam buku pink. Then, Wana start slow slow amalkan Minkaffe semula. Alhamdulillah checkup ke4 (31 Jan 2023), nurse cakap HB cantik dah dan berat ibu dah naik.
So macam mana nak amalkan Minkaffe bagi ibu hamil?
1. Jarakkan pengambilan Minkaffe sekurang-kurangnya 2 jam
- Ambil ketika perut kosong atleast 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan. Kita taknak makanan yang kita makan yang ada sayur, protein dan sebagainya tu kita tak dapat nutriennya gara gara Minkaffe atau minuman berkafein.
- Kalau ambil zincofer atau apa apa ubat iron yang klinik bekalkan pada sebelah malam, make sure minkaffe diambil di sebelah pagi atau siang hari.
2. 1 sachet sehari
- 1 sachet sehari pun dah cukup untuk pregnant mom.. tak perlu banyak pun. Orang kata nak buat raso raso..
3. Cuba sedikit demi sedikit
- Jangan minum 1 cawan sekaligus sebab kita risau perut kita tak boleh terima Minkaffe dan akhirnya muntah balik. Jadi, minum sedikit demi sedikit setakat yang kita rasa perut kita boleh terima. Lebihan tu simpan la untuk lain waktu ke atau bagi pada suami kita ke kan.. Minum dah tak sejuk pun tak apa cuma tak umphh jela macam masa minum suam suam tu. Kalau agak agak serasi, takde rasa nak keluarkan balik, minum la terus secawan.
4. Banyakkan pengambilan air kosong
- Walaupun Minkaffe bagus untuk kita, tetap jangan lupa untuk minum air kosong banyak banyak supaya kita kekal hydrated. Time pregnant ni 8 gelas je tak cukup.. kena ambil lebih dari tu walaupun penat kena ulang alik toilet. Kan?
Dan akhir sekali pesan Wana, minumlah berpada-pada dan ikut pada badan kita. Wana sendiri masih tak boleh amalkan susu jadi Wana stopkan dulu dan amalkan Minkaffe sahaja. Dan doa Wana, semoga ibu yang sedang hamil terus diberikan kesihatan yang baik, bukan pada ibu je tapi pada baby dalam perut sekali.. Amin ya Mujib.
Terima kasih,
Assalamualaikum.
0 Comments